salam semua..
aku suke gambar atas ni. tapi kecik la pulak. movie ni la antara movie 1st from studio ghibli yang pernah aku tengok. skali tengok je da double thumbs up!
sape yang tak percaya..sila la download movie ni. berbaloi aku rasa. tak rugi ah. antara satu lagi movie yang aku na tengok adela paprika. tapi sampai sekarang tak sempat lagi na tengok. cerita die berat kot.
camne aku bole tengok movie ni? sebab kat rumah aku ade dvd die. entah dari mana entah. cerita dia pasal percintaan muda mudi sebenarnye. romantic movie sebenarnye. ah sweet…i like it :)

tapi kisah percintaan dorang lebih kurang macam dalam spirited away la. atau dalam whisper of the heart . yela..sesuai la untuk semua peringkat umur kan. takde la over sangat kalau budak2 nak tengok pun. aku kadang2 teringin jugak na ade boyfriend yang ade super power ni. yang macho la. tapi aku sorang je kenal die. ala2 macam bella dengan edward tu. huish best tu….baru la special..
tapi angan2 tetap angan2. hanya bole menjadi kenyataan dalam mimpi2 aku je. ah merepek! aku bagi movie ni 4.8/5..yey suke2 :)

very nostalgic~
salam tomboys sume (harap pulang ke pangkal jalan)
haritu masa aku posting kat kawasan yang takde wifi tu aku keboringan. so aku tengok cerita ni ngan kawan aku. tengok kat laptop je. kat kawasan tu takde panggung wayang.
aku memula tu takde la suka sangat na tengok. tapi aku tahu cerita tu kelakar. scha memang aku rasa perangai semulajadi die kasar gitu. so die berjaya melakonkan watak farisya dengan jaya nye, tahniah! tapi yang aku tak suke tengok perempuan berlagak jadi tomboy. hisap rokok sana sini. cakap menjerit2. adoii sakit telinga kami menjadi penonton ni.
motif utama cerita ni adelah dia na bagitau yang scha bukan la tomboy. kasar mebi, tapi still straight. burn dalam movie ni pun cute. hehe. ade pulak sorang kawan aku tu tak camburn tu adelah shamsul yusuf. menjadik sangat la tu watak nerd die.

tapi overall aku na bagi 3/5 je la. or less than that. korang tahu kenapa. sebab even cerita ni best, tapi takde langsung pengajaran. pasal tomboy tu, takde la pulak dorang na tunjuk dapat pengajaran ke hape. farisya pun tak suke orang kate die tomboy, kalo die try na tinggal kan bende2 yang menyerupai lelaki pun okay ape. kalo budak2 tengok memang termakan racun masalah social la dorang. dan yang paling aku geram sekali ending die! ish!!! (emo pulak )..ok bai..
salam cina2 di negara cina…
sape pernah tengok wu xia ce angkat tangan. aku tak tahu kenapa aku tengok. tapi da lame tak tengok cerita kungfu kan. salu makan kuetiaw kungfu je. so best jugak la layan…
tapi cerita ni agak berat la bagi aku. ah ringan je sebenarnye. cerita pasal pembunuh yang nak bertaubat. so die ubah identiti jadi orang lain and try to raise a family. detektif dalam cerita ni la, takeshi kaneshiro…so cute….

see..how cute he was in this movie. die ni cam ade masalah personaliti la jugak. kadang2 kalau orang terlebih ilmu ni pun pelik jugak kan. die gune ilmu die untuk bende yang dirasakan betul. mana ade sume bende hitam putih dalam dunia ni. so besederhanalah kan..
ape yang aku suke pasal movie ni adelah background die. cantik nye china. cantik nye ciptaan Allah. aku suke tengok alam yang semulajadi. teringat masa aku gi beijing haritu. suasana die redup je. angin sejuk je. tapi kalau tambah iklim camtu kat kawasan pegunungan memang superb la! overall aku kasi 4.2/5 untuk movie ni..

salam kawan2…
haa..puitis gitu kata2 kat atas tu. aku rasa la puitis. aku tak baca betul2 pun sebab aku tak beberapa keen dengan bende2 jiwang ni sebenarnye.
dear john ni best sebab ceritaa dia dewasa. matang you know. cerita nicholas sparks biase la gitu. amanda seyfried memang sweet dan cute. aku tak minat die tapi aku minat lakonan die. okay…kenapa aku kata cerita ni matang. korang bayangkan la..kalo budak2 sekarang ni bole couple bertahun tahun tapi nanti end up kahwin dengan orang lain. tapi dorang dalam cerita ni jumpa masa cuti summer je..tapi macam da sanggup na grows old same same. hurmm..


sweet kan main utus2 surat…
cerita ni pun macam berpijak di bumi nyata jugak. aku memang trkejut bila dapat tahu savvanah kahwin dengan tim. wow…betapa besar pengorbanan savannah. dan bila john dapat terima sume tu. kalo tengok betul2, macam john sayang sangat dekat savvanah. tapi bagi aku savvanah yang sayang sangat dekat john.
ending pon okay. aku akhiri movie ni dengan perkataan yes! hehe. so overall aku kasi 4.7/5..yey :)
salam to all no-face ghosts
da lama aku tak menulis pape kt canvas ni. sebab busy. aku posting kat tempat takde wifi free. lagipun aku takde broadband. so aku malas la na menulis2 ni.
semalam aku tengok spirited away dgn adik aku kat disney channel. standing of ovation!

macam biase la aku suke tengok cerita2 hayao miyazaki ni sebab imaginasi yang terlampau. tak tercapai akal. menarik ape..tapi ayah aku kata, buat kene tipu dek jepun je. ah..tu sume imaginasi yang berjaya di sampaikan dengan baik.
watak2 sangat berkesan. aku malas na komen panjang2. tapi makhluk dalam cite ni ade similarities dengan makhluk dalam howl’s moving castle. kepada orang yang tak berminat tengok cite ni mebi akan tertido di tengah2 cerita. tapi aku bagi 4.7/5 hehe


salam knight :0
da lame da aku tak tulis pape kat tumblr ni. macam da berkarat da canvas of movies aku ni.
tulusnye aku na tengok sangat cite ni sebab ade jejaka macho namenye hugh jackman. yeah. agak strong reason aku di situ.
tapi aku agak hampa sejak dari mula lagi. ade ke patut 1st scene tu hugh jackman lawan dgn mr hyde. da la mr hyde tu nampak sangat graphic nye. mr hyde periang pulak tu. ape yang aku belajar dulu mr hyde tu da macam binatang, huduh, bongkok, tapi takde la macam hulk. aiseh..camne la hugh jackman bole lawan graphic. frust!
lepas tu banyak sangat element yang na ditangkap muat dlm filem ni. ade monk, ade ulama islam, ade dracula, ade frankenstein. aiyo. aku tak tahu la adik aku download tak cantik ke ape, tapi, kebanyakkan scene dalam movie ni gelap ajo.
nasib baik la aku dapat detect velkan tu hensem. sejukk perot omak tengok. kadang2 ade scene especially yang dalam church tu, da macam lord of the ring. bende baru yang aku dapat tengok ade la monster frankenstein tu dengan dracula punye bride. itu menarik bagi aku.
dalam firasat aku la, cite van helsing ni bakal ade yang 2nd part. tapi memandangkan sambutan yang agak hambar, jadi die tak sambung 2nd part tu. cite ni kurang identiti tersendiri bagi aku. mungkin kurang jati diri. so overall aku bagi 2/5 je la. harap hugh jackman dapat insaf dan pilih movie yang lagi relevan untuk berlakon di masa yang mendatang.
selamat menonton !

salam daughters sekelian.. :)
series dari jepun kali ni cerita pasal family lagi. cute gile cerita ni. pasal ayah tertukar badan dengan anak nye. susah sangat kot na terima kenyataan kn. tapi cute cerita ni. both of them!
i love this movie because it shows the real of how being a father and a young teenage girl. memula tu anak tak bole faham ayah, ayah pun tak faham anak dia. tapi at last, dorang memang makin sayang menyayangi. kalau ada slack mana2 cerita ni aku boleh faham, sebab bukan senang beb na bawak watak gini kan. aku rate 4.5/5..hehe
selamat menonton :)

aku suka perempuan tu. she is so cute <3

salam anak2 perempuan..
okay horror movie la pulak ye. the new daughter. da tengok ke? plot cite horror ni sume orang bole predict kot kan. sebab banyak sangat da cerita horror yang pernah kite sume tengok dan plot die lebih kurang je. cuma yang beze nye kesaspenan dan pelakonnye. comel kan budak perempuan tu. aku suka tengok die, tapi die psycho pulak dalam cerita ni.


orang kata lah, kalau budak yang start puberty, dorang memang pelik2 sket. memang pun..contohnye cerita ni la..tapi relax untuk korang yang tak puberty lagi atau bakal menjaga anak yang baru puberty. salu nye takde masalah la kan. kalau ada sumenye atas kehendakNya juga.
aku rate cerita ni 2.5/5. aku rasa dia agak plain dan biasa. kalau korang rajin tengok movie genre ni, nasihat aku hurm…..korang pun akan rasa yang sama ngan aku kot..
salam pretty little liars..
film ni is about how the world was introduced to a new vocab which is lie. korang percaya ke sebelum ni orang tak reti menipu langsung. logik tak? dan sesungguhnya cerita ni hanya la fiction semata-mata. mana ada manusia yang tak reti menipu kecuali nabiSAW yang maksum. sedangkan kisah habil dan qabil pun dorang da start menipu.. sumenye setan punya pasal..
haa…dari cerita ni kite pun dapat tahu, kegunaan penipuan adalah untuk kepentingan diri sendiri kan. malah banyak lagi keuntungan yang bakal kita perolehi apabila menipu. tapi apa yang korang dapat dari menipu tu sume tak halal dan haram. kalau korang biasa buat kerja2 menipu ni, renti kan la. tapi kalau korang memang berbesar hati nak menanggung azab kat akhirat nanti, sila sila….(huhu aku pun insaf ni)..
aku rate 2.5/5..sebab aku tak suka penipuan dan hipokrasi. dan ingat lah sesungguhnya manusia tidak buleh hidup dengan penipuan…
salam nasi kandaq :)

ini adalah rupa papedem. tapi kat atas ni movie papadom. cerita mengenai mat dom@sa’dom yang ada anak name miasara. sayang sangat kat anak nye sampai sanggup buat ape sahaja. good movie about family. pelakon pun terbaik la. sesuai dengan watak masing2. liyana jasmay memang jenis berlakon tak control. huduh pun huduh la. itu sahaja bende yang aku suka pasal dia. oh ade lagi. liyana juga sweet bile senyum, nampak macam tulus, sebab tu kot ramai orang kata die cute.
okay, kalau korang rasa parents korang tu old-fashioned, mengongkong bla2, tu tanda nye mereka sayang kat korang. cliche kan. tapi selagi korang tak jadi parents, tak ada rasa tanggungjawab kat someone, selagi tu korang tak rasa na jaga elok2. nak monitor apelah orang tersayang aku tengah buat ni. takut pulak kalau orang tersayang aku tu tersalah langkah. thats what our parents do, that makes hate it. kn?

kesian bebudak tension ni.
beruntunglah kalau parents korang jenis camtu. sebab korang tak rasa camne perasaan anak yang nak sangat parents yang ambik berat, tapi sekali mak bapak budak tu buat tak taw je kat anak dia. anak2, bukan tahu pape, kalau yang ok tu, dorang akan carik jugak jalan nak hidup. tapi kalau budak tu naluri dia loser, dapat pulak mak bapak yang abaikan anak2, memang dia jadi sampah masyarakat la. percaya lah…
aku rate cite ni 4.3/5..cerita ni menang banyak award taw. jadi aku rasa tak rugi kalau korang nak tengok. at least korang akan taw la nape movie menang banyak awards. okay daa~~~ selamat menonton..